23 July 2016

32 GAMBAR - SEKITAR PERTUNANGAN AMYRA ROSLI & AMAR BAHARIN



Semalam telah berlangsungnya majlis pertunangan Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, yang diadakan di kediaman keluarga perempuan di Sunway Montana, Desa Melawati.

Dalam majlis yang dihadiri ahli keluarga, saudara dan rakan terdekat, Amyra kelihatan anggun menggayakan busana berona putih manakala Amar pula segak dengan kemeja berwarna putih.

Sebelum ini, pasangan selebriti ini sering menafikan status hubungan pencintaan mereka walaupun kerap dihimpit dengan pelbagai kontroversi mengatakan bakal bernikah.





Namun segalanya terlerai apabila pasangan ini bertindak mengumumkan berita gembira tersebut di dalam sebuah majlis. Pada majlis itu, mereka turut berkongsikan tarikh pertunangan, perkahwinan serta persandingan mereka.

Amar dan Amyra bakal disatukan sebagai suami isteri pada 11 November 2016 dan majlis persandingan disebelah keluarga Amyra pula akan diadakan sehari selepas acara akad nikah. Majlis berterusan pada 19 November di sebelah pihak keluarga lelaki.

Terdahulu, ibu Amyra, pernah memaklumkan bahawa kehadiran Amar di dalam hidup anak perempuannya itu begitu disenangi ramai dan merupakan calon suami terbaik buat Amyra.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)








GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar























































Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: