23 July 2016

KES TIPU - ADLIN BERI PENJELASAN AHAD INI



Semua sedia maklum mengenai Adlin Aman Ramlie, 44, yang dituduh terlibat dengan kes penipuan pelaburan.

Adlin dalam satu kiriman mesej kepada pihak media berkata yang dia akan memberi penjelasan berhubung kejadian itu Ahad ini.

Kata Adlin, dia bakal muncul dalam rancangan Melodi di TV3 dan seterusnya akan berjumpa pihak media selepas tamat siaran langsung program itu.





Terdahulu Adlin bersama beberapa orang individu ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan lebuh raya dan dikatakan menjadi dalang skim pelaburan melibatkan nilai jutaan ringgit.

Dalam pada itu, laman Instagram Adlin turut menyaksikan beberapa komen orang ramai yang meluahkan rasa hati selepas ditipu dalam pelaburan yang didakwa.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: mStar



         ________________________





No comments: