22 July 2016

KES PENIPUAN HARTANAH - ADLIN DITAHAN POLIS, MAK MAH RASA TERKEJUT



"Saya tak tahu (anak ditahan). Wartawan telefon baru saya tahu. Maaf saya nak solat dulu," demikian kata seniwati veteran Ruminah Sidek, 70, atau Mak Mah yang terkejut selepas dimaklumkan anaknya iaitu pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis.

Terdahulu media melaporkan seorang pelakon lelaki bersama beberapa individu lain berpangkat Datuk telah ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam penipuan hartanah yang melibatkan kerugian hampir RM500,000.





Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Roslan Abd Wahid dilaporkan berkata, seorang pelakon telah ditahan di rumahnya di Cyberjaya dekat sini kira-kira pukul 2 petang Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Artis berkenaan dikatakan direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasaan.

Dalam pada itu, isteri kepada Adlin iaitu Emelda Rosmila tidak dapat dihubungi kerana tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: mStar



         ________________________





No comments: