22 July 2016

BILA NORA DANISH & NEDIM BERGAMBAR MACAM DAH KAHWIN



Mungkin ramai yang sudah tak hairan dengan gambar-gambar mesra Nora Danish dan Nedim Nazri yang sememangnya 'berlambak' di alam maya. Namun terkini, ada juga yang buka mata apabila aksi dua kekasih ini mereka ibaratkan bagai sudah berkahwin layaknya.

Bagaimanapun, bila diajukan soalan benarkah mereka berdua sudah kahwin secara rahsia, Nora menolak dakwaan tersebut yang hangat diperkatakan oleh segelintir pihak.





"Saya dan Nedim masih belum berkahwin. Saya akan beritahu kepada semua jika sudah bergelar isteri kepada Nedim.

"Bagaimanapun, saya tidak nafikan kami sudah mempunyai perancangan untuk mengakhiri hubungan kami di jinjang pelamin pada tahun ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Perkahwinan pantai itu memang idaman saya. Kami akan mengadakan resepsi di Bali tetapi majlis di Kuala Lumpur juga akan diadakan, Insya-Allah," tambahnya ketika ditemui media di majlis pelancaran muzik video Raniaku di e@curve, Mutiara Damansara, Petaling.

Laaa... belum kahwin lagi rupanya. Heh!




Sumber: Astrogempak - Foto: Nora IG - www.myartis.com



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...