22 July 2016

TAK MINAT MAINAN - PUTERI CHE TA LEBIH GEMAR TAS TANGAN & KASUT



Tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya yang lebih suka setiap kali melangkah ke kedai permainan, situasi agak berbeza bagi puteri Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana, 18 bulan, yang lebih tertarik dengan tas tangan dan juga kasut.

Bukan hanya tas tangan sahaja malah kata Che Ta, puterinya itu turut meminati kasut tumit tinggi dan akan menggayakan sepatu miliknya ketika bermain sendirian di rumah.

Kata Che Ta, dia mula perasan minat puterinya itu apabila dia kurang gemar dengan alat permainan, tetapi akan leka apabila memasuki kedai menjual tas tangan setiap kali keluar bersamanya.





Disebabkan minat anak itu, Rozita memberitahu yang beliau memang ada membelikan beberapa tas tangan untuk anaknya itu untuk digayakan ketika keluar bersiar-siar atau bermain di rumah.

"Saya mulanya tidak perasan. Namun, pada satu hari apabila keluar dengan saya, dia sangat gembira sebaik saja kami melangkah ke dalam kedai tas tangan. Aaisyah beriya-iya mahukan tas tangan yang dipamerkan.

"Memang sejak kecil Aaisyah tidak tertarik dengan alatan permainan yang diterima atau yang kami belikan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Saya memang kena belikan dia tas tangan, jika tidak dia akan kacau beg saya. Lagipun, lumrah anak perempuan sukakan barangan perhiasan.

"Saya turut belikan dia kasut tumit tinggi ketika melancong ke Eropah, baru-baru ini. Aasiyah memang gembira apabila dihadiahkan kasut berkenaan," ujar Che Ta mengenai puterinya yang baru-baru ini dilantik sebagai duta sebuah produk penjagaan bayi.

Pengacara dan ahli perniagaan itu berkata, beliau bagaimanapun tidak mendedahkan anak kecilnya dengan gajet yang popular dalam kalangan masyarakat hari ini.

"Saya memang tidak beri Aaisyah bermain dengan alat peranti kerana enggan mengganggu kesihatannya, terutama bahagian mata," jelasnya.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: