21 July 2016

SITI NORDIANA NAFI DAKWAAN DIRINYA BERLAGAK SOMBONG



"Sejak mula menyanyi, saya sudah terbiasa dengan gosip seperti ini. Jadi, jika ditanya terkesan atau tidak, saya hanya boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Cuma dakwaan yang mengatakan saya sombong dan tidak mahu menerima tajaan pakaian adalah tidak benar. Jika saya ada menyakiti mana-mana pihak, saya minta maaf," demikian kata Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana yang menyangkal dakwaan dia kini sudah mula mula berlagak sombong sehingga menolak permintaan seorang pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya.





Nana bagaimanapun mengakui tidak terkejut dengan dakwaan tersebut kerana gosip tersebut sudah biasa didengar, lebih-lebih lagi apabila dia kini kembali aktif dan dikenali selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua (GV2) hujung tahun lalu.

Selepas menjuarai GV2, rezeki Nana dalam bidang seni dilihat begitu murah. Tidak hanya tertumpu pada bidang nyanyian, pelantun yang popular dengan lagu Cinta Hanya Sandaran itu kini aktif melebarkan sayap sebagai pelakon.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Menurut pelakon drama 'Dia Semanis Honey' ini, apa yang dilalui pada awal kemunculan sebagai artis rakaman sekitar 17 tahun lalu telah banyak mematangkan perjalanan kariernya sehingga kini.

"Semua orang yang terlibat dalam dunia glamor akan melalui perkara sama. Jadi, apabila dituduh mengenai perkara yang tidak benar, saya cuba untuk tidak ambil peduli dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: