21 July 2016

KAHWIN KALI INI - NORA DANISH IMPIKAN KONSEP 'BEACH WEDDING' DI BALI



Perkahwinan kali ini Nora Danish mengimpikan perkahwinan berkonsepkan 'beach wedding' di Bali. Bagaimanapun, kata Nora yang dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

"Insya-Allah, memang tahun ini saya akan kahwin. Kita cuma hanya mampu merancang dan perancangan itu sudah ada. Kalau berkahwin kali ini saya suka konsep beach wedding seperti di Bali," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, kata Nora tidak mustahil dia boleh berkahwin pada bila-bila masa walaupun pada tahun ini dia begitu sibuk dengan perniagaannya.





"Tak mustahil juga saya akan merancang perkahwinan dalam masa terdekat ini. Cuma kalau kahwin kali ini saya mahukan yang sederhana," jelasnya.

Sementara itu, kekasihnya, Nedim Nazri tidak mempunyai masalah sepanjang perkenalan mereka dan sudah menerima akan kerjaya Nora sebagai seorang artis.

"Setelah 3 tahun lebih rasanya tidak ada masalah. Lagipun dia ada kehidupan dia sendiri. Dia sudah biasa akan kerjaya saya dan telah menerimanya seadanya," katanya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Rotikaya


         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...