21 July 2016

KENA 'QUEEN CONTROL' - HARITH ISKANDAR SUSUT 20 KILOGRAM



Gara-gara kena 'queen control', akhirnya perut buncit pelawak dan pengacara Harith Iskander, 50, makin susut dan berat badannya turuN 20 kilogram.

Ini kerana, dia terpaksa mengikat perut dan menahan nafsu makan demi menjaga kesihatan tubuhnya yang suatu ketika dahulu boleh dikategorikan obes.





Terima kasih pada program diet yang diatur oleh isterinya, Dr. Jezamine Lim beberapa tahun dahulu hingga membuahkan hasil walaupun pada awalnya begitu sukar untuk 'diikut'. Hanya ketegasan isterinya sahaja yang berjaya membuat Harith 'tunduk' mematuhi diet yang disediakan. Heh.

Bagaimanapun, dalam mematuhi jadual diet tersebut, Harith dan Jezamine masing-masing bersetuju bahawa musim perayaan terutama sambutan Aidilfitri merupakan masa terbaik untuk ‘ponteng diet’.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Sebab itulah, sejak beberapa tahun kebelakangan ini seronoknya lain macam tidak sama seperti sebelum berkahwin. Masakan tidak, masing-masing bersemangat untuk memanfaatkan tiga hari kebebasan itu secukup-cukupnya.

"Semasa raya sahajalah saya boleh makan macam-macam selagi boleh masuk ke perut. Bermula di pagi raya, sampailah ke lewat malam, selagi ada makanan dihidangkan, saya akan makan.

"Isteri saya pun sama. Walaupun dia yang mengendalikan program diet ini, kami sama-sama mengamalkan pemakanan sihat. Jarang sekali kami makan nasi putih, sebaliknya diganti dengan sumber karbohidrat yang lain. Itulah rejim diet kami sejak enam tahun lalu," ujar Harith dipetik sebagai berkata kepada Utusan.




Foto: Harith IG - www.myartis.com



         ________________________





No comments: