21 July 2016

SELEPAS UMRAH - NEELOFA RANCANG TUNAI HAJI PULA



Selepas menunaikan umrah bersama keluarga Mac tahun lalu, kini pelakon dan pengacara, Noor Neelofa bakal menjejakkan kaki sekali lagi di Tanah Suci apabila dia merancang mengerjakan haji pula tahun ini bersama keluarganya.

Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh Neelofa menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik sebuah video berserta kapsyen.





Dalam video itu, Neelofa bersama ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed sedang melakukan proses pendaftaran haji.

"Terima kasih mama. Kita merancang dan Allah juga turut sama. Pastinya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Insya-Allah kalau ada rezeki kita akan mengerjakan haji pada tahun ini," tulisnya.

Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan dan semoga segala perancangan Neelofa berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)







         ________________________





No comments: