20 July 2016

"SAYA TAK KISAH DIKRITIK, KANDUNGAN LEBIH PENTING" - ALMY NADIA



Almy Nadia yang kini sedang hamil enam bulan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama Fizz Fairuz, tidak ambil peduli tentang kritikan terhadap bentuk badannya bagaikan tidak berkesudahan.

Almy bagaimanapun berkata yang dia lebih mengutamakan kesihatan bayi dalam kandungan daripada melayan kritikan tersebut.

"Saya kini tidak mahu lagi mempedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap diri saya. Lumrah, badan akan naik ketika hamil dan saya menerima hakikat itu dengan hati terbuka. Biarlah apa yang ingin orang kata, asalkan saya bahagia”





"Lagipun, saya tidak mahu menyekat pemakanan demi memuaskan hati pihak tertentu saja. Bagi saya, kesihatan bayi dalam kandungan lebih penting daripada segala-galanya," ujar Almy yang turut mengurangkan pengambilan makanan manis.

Tindakan Almy tidak menghiraukan kritikan di laman sosial adalah satu tindakan bijak sekaligus dapat mengelakkan perasaan tertekan ketika mengandung.

Untuk rekod, Almy dan Fizz sebelum ini dikurniakan seorang perempuan bernama Nur Afrina Arianna yang kini berusia setahun.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: BH Plus
Foto: Almy Nadia IG


         ________________________





No comments: