"Apabila menolak, pasti saya akan dilabel sombong. Namun saya memohon maaf kepada sesiapa yang terasa tetapi saya mengharapkan peminat memahami permintaan saya," demikian kata Ashraf Muslim apabila dirinya dilabel sebagai sombong oleh sesetengah peminat apabila permintaan mereka ingin berselfie ditolak.
Ashraf berkata yang dia tiada niat lain selain mahu menjaga batas pergaulan dengan wanita dan sehingga kini tetap dengan pendirian untuk tidak bergambar dengan wanita yang bukan mahram.

Selain itu, Ashraf juga berkongsi cerita bagaimana insiden seorang wanita berusia yang boleh dipanggil ibu mahu berselfie dengannya ketika mengerjakan ibadah umrah.
"Tanpa segan silu, dia mahu bergambar selfie dengan saya. Saya terkejut dan darah saya naik tiba-tiba. Marah pun ada. Namun begitu, saya menolaknya dengan cara baik," ujarnya yang sempat menasihati wanita berkenaan.
Justeru itu, untuk bergambar bersama Ashraf, dia mengesyorkan agar ahli keluarganya dan ahli keluarga peminatnya itu turut serta kerana Ashraf menegaskan dia tidak akan mengambil gambar berduaan dengan wanita yang bukan mahram.
--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)


Sumber: BH Plus
Foto: Ashraf Muslim IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment