"Hati isteri mana yang tidak emosi berhadapan insiden sebegini. Sejujurnya saya terguris dan meminta ruang untuk menenangkan fikiran. Saya tidak mahu membuat kenyataan dalam keadaan marah.
"Apa pun saya tidak menyimpan dendam terhadap Ruhainies kerana dia sudah menjelaskan perkara sebenar. Mengenai video itu, biarlah mereka menyelesaikannya sendiri.
"Cuma diharap jangan kaitkan video berkenaan dengan rumah tangga saya. Cukup-cukuplah dengan kenyataan demi kenyataan. Sepatutnya hal dalaman keluarga diselesaikan secara berbincang. Tidak perlu dihebahkan kepada orang luar," ujar Adira Suhaimi, 25, dipetik sebagai berkata.
Adira berkata demikian sebagai mengulas isu 'kantoi' suaminya Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) dengan pelakon baharu Ruhainies, ekoran tersebarnya gambar dan video kontroversi baru-baru ini.
--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)
Meskipun tidak melayan komen di laman sosial, namun isu dibangkitkan itu mengguris hatinya apabila dilakukan sendiri insan terdekat, sekali gus dianggap seakan serangan peribadi.
Bagaimanapun, Adira enggan membuka mulut mengenai kenyataan suaminya berhubung kesediaan menambah kuota isteri yang masih mempunyai dua kekosongan.
Sumber: BH Online - Foto Adira IG - www.myartis.com
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment