26 July 2016

AKUI KELUAR DENGAN ISTERI ORANG - ADI PUTRA NAFI DIRINYA PUNCA PENCERAIAN



Selepas diasak soalan yang sama berulang kali dalam satu sidang media yang berlangsung di Casa Ombak, Ampang pada petang semalam, pelakon Adi Putra mengaku isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, 33, masih berstatus isteri ketika mengenali wanita tersebut.

Dalam masa sama, Adi menolak dakwaan menjadi punca penceraian Shahida dan bekas suaminya, Rahizam Rahimpudin.

"Ya, saya tahu saya keluar dengan isteri orang. Tetapi tak perlu saya selidik apa yang berlaku dalam rumah tangga dia (isteri kedua) dan bekas suaminya.





"Kerana bagi saya apa yang berlaku dalam rumah tangga dia dan suaminya sebelum ini adalah aib mereka.

"Namun untuk mengatakan saya yang menjadi punca penceraian mereka, saya menolak dakwaan tersebut," uajrnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu Adi menjelaskan, isteri pertamanya Aida Yusof, 41, mengetahui tentang perkahwinan keduanya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Aida jawab tidak tahu kepada wartawan yang bertanya kepadanya sebelum ini kerana dia memegang amanah.

"Sebagai suami, saya bangga dengan tindakan Aida kerana dia menyerahkan kepada saya untuk menjawab semua persoalan.

"Sebagai ketua keluarga, biarlah saya tampil ke depan menjelaskan tentang perkara (perkahwinan) tersebut. Tidak terlintas untuk saya merahsiakan perkahwinan kali kedua ini cuma ia tersebar ketika saya belum sempat untuk mengumumkannya kepada semua," jelasnya.



Dalam pada itu, Adi berkata yang dia tidak merancang untuk memperkenalkan isteri keduanya kepada umum kerana tidak melihat sebarang keperluan untuk berbuat demikian kerana isterinya itu bukan selebriti.

"Sekurang-kurangnya buat masa ini saya tidak merancang untuk perkenalkannya kepada umum kerana dia bukan selebriti.

"Tetapi siapa tahu pada masa akan datang kerana sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya ia adalah kententuan Allah," katanya.


Sumber: Astro Gempak & mStar



         ________________________





No comments: