26 July 2016

YANA SAMSUDIN SELAMAT BERSALIN ANAK SULUNG



Menerusi laman Instagram suami Yana Samsudin, Fadzil Zahari telah memaklumkan bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Julai lalu.

"Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah isteri saya Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy pada 21.07.2016.





"Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya.. I love u so much sayang, moga cepat sembuh....

"Terima kasih juga pada mama abah, mak abah yang tak henti henti berdoa, adik beradik, sahabat-sahabat, kawan-kawan dan hangpa semua yang sentiasa mendoakan... Alhamdulillah... Kami juga mendoakan kesejahteraan hangpa semua," kata Fadzil di laman IGnya.

Untuk rekod, Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, dan Fadzil, 33, yang juga adik kepada aktor Farid Kamil, mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015.

Tahniah kami ucapkan dan semoga kehadiran putera sulung ini, keluarga kecil Yana dan juga suami akan bertambah meriah dan dilimpahi rezeki.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber & foto: Fadzil Zahari IG


         ________________________





No comments: