26 July 2016

SHIKIN MAEMBONG & CHEF RIZ SAH CERAI SEJAK JUN LALU



Tiada lagi jodoh antara kami!

Demikian kata kakak kepada Emma Maembong, Shikin Maembong, 33, yang mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan anak Chef Wan iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 34, sejak Jun lalu.

Shikin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangganya yang dibina sejak setahun yang lebih.





"Saya tahu, ia sudah lama menjadi persoalan ramai. Jadi saya mahu mengesahkan bahawa kami bukan lagi pasangan suami-isteri.

"Sebab apa bercerai? Biarlah hanya kami dan keluarga yang tahu. Mungkin saya dan Riz tiada jodoh," jelasnya.

Sejak beberapa bulan lalu, beberapa pihak di forum hiburan membincangkan mengenai rumah tangga Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 34, dan Shikin yang kononnya dilanda badai.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Malah, wanita itu juga tidak lagi memuat naik foto Riz di Instagram miliknya sehingga ia menimbulkan tanda-tanya.

Bagaimanapun pada minggu lalu, Shikin memuat naik status kata-kata hikmat yang menunjukkan beliau kini sudah kembali solo. Beliau turut menyatakan tekanan yang dilalui semakin berkurang. Ramai pengikutnya juga memberikan sokongan moral agar wanita itu tabah melalui dugaan.

Sementara itu, Shikin berkata, walaupun bercerai, beliau dan Riz masih berbaik demi membesarkan anak perempuan mereka, Putri Arianna Natasya, yang kini berusia setahun.



"Alhamdulillah, saya dan Riz masih lagi berbaik. Lagipun, Arianna memerlukan ibu dan bapanya. Kami tetap menjaga Arianna sebaik mungkin walaupun sudah berpisah.

"Selain itu, saya turut bersyukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa memberi sokongan moral. Saya juga masih baik dengan keluarga mentua," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, Shikin dan Riz mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2014. Ia perceraian kedua buat Riz dan yang pertama bagi Shikin.

Terdahulu, Riz pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia. Mereka bercerai pada 10 Disember 2012, selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...