25 July 2016

NAFI KAHWIN DUA KERANA ZURIAT - ADI PUTRA RANCANG ADAKAN RESEPSI



Adi Putra hari ini menerusi satu sidang media telah tampil menjelaskan dan menjawab segala persoalan mengenai pernikahan kali keduanya dengan ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly yang tersebar luas itu.

Dalam sidang media tersebut, Adi memberitahu bahawa apa yang terjadi kepadanya bukanlah masalah dan beliau bukannya berkahwin lagi kerana zuriat.





"Kalau cakap tentang zuriat, bagi saya itu anugerah kerana zuriat ini tidak boleh hantar ke bengkel kereta. Kalau kita hantar ke bengkel kereta, dah lama saya buat. Jadi di sini bukan isu tentang zuriat.

"Sebab bayangkan kalau saya duduk sebagai seorang wanita pun, it’s not because of zuriat. Jadi saya tidak ada masalah dengan Aida tentang zuriat. Atau pun menjadi sebab untuk pergaduhan, perselisihan faham. So, it’s not because of zuriat," jelasnya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Sementara itu, kata Adi yang dia tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan acara resepsi, jika diizinkan Tuhan.

"Kalau boleh kita nak ada keramaian, Biar saya buat satu persatu dahulu, apa yang harus saya laksanakan. Kena pilih satu dulu, selesaikan satu dulu. Kalau Allah izinkan untuk adakan resepsi, bagi saya, kenapa tidak.

"Bagi saya itu perancangan. Resepsi ini adalah adat dan budaya. Jadi, saya ketepikan adat dan budaya dulu. Saya laksanakan apa yang saya harus laksanakan dulu," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Rotikaya



         ________________________





No comments: