14 July 2016

TAHNIAH - 'CIK PIAH' KINI BERBADAN DUA



Tahniah diucapkan buat penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah dan suaminya, Nurashid Abd Wahab yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut disampaikan sendiri oleh Cik Piah dengan memuatnaik video baby serta meletakkan emoticon wajah teruja, wajah baby dan botol susu.





Melalui ruangan komen pula, tulis Feeya: "Lyana Rosli hehe Alhamdulillah Yana. Rezeki Allah bagi. Kitaorang terima hehe Feeya doakan lepas ni korang tau. Amin"

Rata-rata gembira dengan berita yang disampaikan, malah akaun IG Feeya turut dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat. Tidak lupa juga mereka yang teruja menantikan pasangan ini menimang cahaya mata pertama selepas berkahwin.

Nampaknya, tahun depan Feeya dan suami bakal beraya bertiganlah pula. Heh!



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Feeya IG


         ________________________





No comments: