14 July 2016

DIDAKWA BERCERAI - DIRA NAFI RUMAH TANGGA BERMASALAH



Desas-desus mengatakan rumah tangga Dira Abu Zahar, 32, dan suaminya, Mohd. Helmi Mohd. Yusof yang dibina lima tahun lalu telah menemui noktah pada awal Ramadan lalu.

Dakwaan itu mengatakan kemelut rumah tangga mereka berpunca daripada penajaan filem Bikers Kental yang membangkitkan beberapa isu dan akhirnya menjurus kepada perceraian.





Malah, Dira juga dikatakan mengalami tekanan hingga dikejarkan ke hospital dan ditahan selama seminggu disebabkan kemurungan yang dialaminya.

Bagaimanapun, Dira atau nama sebenarnya, Khaidirah Abu Zahar telah tampil menafikan dakwaan tersebut.

Dira yang merupakan bekas pengacara program Melodi itu berkata yang dia dan Helmi masih lagi bergelar pasangan suami isteri dan memohon agar perkara tersebut tidak diperbesarkan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Ini kerana menurut Dira, perselisihan faham dalam rumah tangganya sebagai pergaduhan yang biasa dilalui pasangan suami isteri.

"Tiada apa yang berlaku dan kami masih bersama. Saya dan Helmi hanya berselisih faham disebabkan soal kerja sahaja. Tiada apa mengenai isu rumah tangga saya yang perlu dikecohkan," jelasnya.


Sumber: Kosmo & Berita Harian



         ________________________





No comments: