27 August 2016

"ADA HIKMAH DISEBALIKNYA" - CHE TA RANCANG BELI KERETA BARU



"Saya tidak mahu meletakkan harapan tinggi kerana kebanyakan kes kereta hilang memang susah nak jumpa balik. Apatah lagi jika jenayah itu membabitkan sindiket.

"Saya merancang untuk membeli kereta baru dari jenis sama tetapi belum berkesempatan untuk berbuat sedemikian. Jadi, sekarang saya menggunakan kereta sedia ada untuk urusan seharian," kata Rozita Che Wan yang menganggap perkara yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.





Kata Che Ta, buat masa sekarang pihak polis sedang berusaha mencari kereta jenis Toyota Velfire miliknya yang sehingga kini masih belum ditemui, sejak hilang 9 Ogos lalu.

"Saya mengharapkan yang terbaik daripada polis. Dalam masa sama saya tidak mahu mendesak kerana bimbang mengganggu proses siasatan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"€œDari semasa ke semasa mereka sentiasa memaklumkan kepada saya sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kes itu. Begitu juga dengan saya yang turut membantu dalam memberikan maklumat tambahan," katanya kepada Harian Metro.

Kereta itu dilaporkan hilang di kawasan parkir rumahnya di Subang Jaya.

Berdasarkan pemerhatian kamera litar tertutup (CCTV), kereta itu dilarikan dua suspek sebelum melanggar palang pondok pengawal pada jam 4.24 pagi.




Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: