27 August 2016

CURI WANG ZIZIE EZZETE - PEMBANTU RUMAH INDO DITAHAN POLIS



Gara-gara memuatnaik gambar mata wang asing di laman Facebooknya, pembantu rumah pelakon Zizie Ezzete yang merupakan warga Indonesia itu telah ditahan polis.

Pembantu rumah yang dipercayai mencuri wang milik Zizie berjumlah ribuan ringgit itu ditahan di rumah pelakon berkenaan di Taman Seri Ukay, 24 Ogos lalu pada pukul 10.30 malam.

Isteri wakil rakyat Umno itu mengetahui kejadian itu apabila diberitahu pembantu peribadinya yang ternampak gambar berkenaan di media sosial milik wanita itu pada 9 Ogos lalu.





Dalam siasatan, polis menjumpai pelbagai mata wang asing dalam nilai dolar, riyal, peso serta rupiah berjumlah RM5,155. Sebahagian wang itu dipercayai telah ditukar.

"Suspek mengaku mencuri wang milik majikannya dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berikutan penemuan resit pertukaran wang asing yang dipercayai transaksi suspek mengirimkan wang kepada keluarganya," kata ketua polis Ampang Jaya ACP Hamzah Alias.

Katanya, mangsa yang ketika itu berada di luar negara menafikan dia memberi wang kepada orang gajinya sebelum mengarahkan pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek.

"Mangsa meminta pembantu peribadinya memeriksa bilik suspek bagi mendapatkan kesahihan berhubung perbuatan jenayah yang dilakukan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________



Sumber: MMO & Kosmo
Foto: Zizie Ezzete IG


         ________________________





No comments: