27 August 2016

AMELINA SAHKAN DIRINYA KEMBALI SOLO



"Saya sudah berpisah dengan suami," demikian kata penyanyi dangdut popular, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 42, yang mengesahkan dirinya itu kembali solo selepas bercerai dengan suaminya.

Kata Amelina, dia ada sebab untuk tidak mendedahkan status perkahwinannya kepada umum selama ini kerana mahu mengelak kontroversi.

"Saya sebenarnya segan untuk mengumumkan status sebenar, pada masa sama bimbang orang akan mengata saya seronok apabila kembali solo," jelasnya.





Amelina yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu berkata, dia akan menjelaskan perkara itu apabila tiba masa sesuai nanti.

"Memandangkan sudah ada media bertanyakan hal ini, saya akan menjelaskan semuanya nanti.

"Apa yang saya boleh jelaskan sekarang hubungan dengan bekas suami sudah selesai dan bebas daripada masalah rumah tangga," katanya.

Terdahulu, Amelina berkongsi video di laman Instagram dengan status menjelaskan dia sudah bergelar janda.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________



Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: