10 August 2016

"ADA HIKMAH DISEBALIKNYA" - SHERRY IBRAHIM REDA CINTA BERKUBUR



Walaupun hubungan cinta yang terputus antara dirinya dengan aktor Fattah Amin bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi, Sherry menjadi pengajaran selain membuatkan dirinya reda dengan apa yang terjadi kerana percaya ada hikmah di sebalik perpisahan itu dan dirinya kuat untuk menempuh semua ini.

"Pertama sekali, saya nak minta maaf kepada semua pihak yang cuba menghubungi untuk mendapatkan penjelasan termasuk melahirkan rasa ambil berat terhadap apa yang terjadi.





"Saya faham. Cuma buat masa ini, saya minta jasa baik semua orang untuk berikan masa dan ruang. Apabila saya bersedia nanti, pasti akan ada kenyataan daripada pihak saya.

"Hal ini bukan kali pertama saya lalui. Ia bukan mudah. Ia membabitkan perasaan cinta, kasih dan sayang. Apa yang berlaku ada hikmahnya dan Tuhan pasti tahu yang hamba-Nya ini kuat untuk menempuhinya.

"Pada akhirnya saya tak hilang apa apa pun. Siang dan malam saya tak putus berdoa kerana yakin Tuhan lebih tahu apa yang lebih baik untuk hamba-Nya yang kerdil ini.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Ya, saya kena terus tabah. terima kasih Allah SWT. Mungkin ada yang lebih baik untuk penghijrahan diri ini," luah Sherry di laman Instagrannya.

Semalam, Fattah telah mengakui bahawa percintaan yang terjalin antara mereka sudah pun terputus dan menganggap jodohnya dengan Sherry tidak panjang dan mereka berpisah secara baik.

Dalam kenyataan sama, Fattah turut menyifatkan Sherry sebagai wanita yang sangat baik. Fattah, yang sebumbung dengan Sherry di bawah pengurusan Myfastyle, sentiasa mendoakan yang terbaik sekali gus memberi sokongan padu kepada wanita itu yang pernah bertakhta di hatinya.




Sumber: Berita Harian
Foto: Sherry Ibrahim IG


         ________________________





No comments: