12 August 2016

AL-FATIHAH - PELAKON & PELAWAK VETERAN PIE KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pelakon serta pelawak vateran yang dikenali menerusi filem Mami Jarum, Nana Tanjung dan banyak lagi filem bergenre komedi dengan loghat Pulau Pinang, Pie atau nama sebenarnya Shafiee Jaafar, 85, telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 9 semalam akibat sakit tua.

Anaknya Subariah Shafiee, 53, berkata, sejak seminggu lalu kesihatan arwah bapanya itu semakin merosot dan tidak lalu makan selain kelihatan penat.

"Kesihatan arwah ayah semakin teruk sejak minggu lalu sehinggalah pada malam ini (Khamis) dia menghembuskan nafas terakhir," jelasnya.





Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Teluk Bahang selepas solat Jumaat.

Sebelum ini Allahyarham pernah menjadi mangsa berita palsu tentang kematiannya. Malah beliau sendiri pernah meminta agar penyebaran berita palsu tersebut dihentikan.

Sepanjang hayatnya Allahyarham banyak berlakon dalam filem komedi antaranya Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Cinta Rosevilla, Bas Konduktor dan Mami Jarum.

Allahyarham juga sinonim bergandingan dengan teman baiknya yang juga berasal dari Pulau Pinang iaitu Maidin. Selain berlakon, Allahyarham pernah menghasilkan album bersama Maidin dan juga M. Sharif. Maidin meninggal dunia dalam solat pada 13 Ogos 2014.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: