12 August 2016

DISAMUN & DITETAK - BAPA EMMA MAEMBONG DIRAWAT DI ICU



Malang tak berbau!

Demikian yang terjadi kepada Ismail Maembong, 68, bapa kepada pelakon, Emma Maembong, 24, apabila disamun dan ditetak di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam.

Menurut Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, dalam kejadian itu, bapanya mengalami kecederaan serius di bahagian kepala, jari dan siku.





Namun, bapanya yang juga seorang pelukIs disegani, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ekoran kejadian itu, bapanya kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit. Emma berkata, laporan polis berhubung kejadian itu akan dibuat dalam masa terdekat.

"Bapa saya sedang dirawat, saya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik dan mohon berikan ruang kepada kami sekeluarga.



"Kami masih menanti status terkini ayah yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Sebaik saja mendapat kepastian, kami akan membuat laporan polis," jelas Emma.

Sumber polis berkata, suspek dipercayai menggunakan parang untuk mencederakan mangsa sebelum Ismail sempat menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran.

"Siasatan lanjut masih dijalankan iaitu jumlah kerugian yang dialami mangsa dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, seorang anak Ismail, Shikin Maembong mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ketika kejadian bapanya tinggal berseorangan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Berita Harian & Harian Metro


         ________________________





No comments: