12 August 2016

KRU BUAT COMEBACK - SINGAPURA LOKASI 'PEMANAS BADAN'



Bayangkan, bagaimana susah getirnya mereka selama 25 tahun dalam industri muzik. Pujian dan cemuhan bagai sudah sebati dalam hidup tiga beradik ini sepanjang pembabitan mereka dalam kumpulan KRU.

Terkini, mereka telah membuat 'comeback' dengan mengadakan Konsert KRU 25 di Concert Hall, Esplanade, Singapura, sempena sambutan Pesta Raya 2016 di sana.





Konsert tersebut merupakan yang pertama selepas konsert terakhir mereka yang diadakan 14 tahun lalu. Manakala persembahan berskala besar buat KRU yang terakhir pula adalah sekitar empat tahun lalu sempena sambutan dua dekad kumpulan KRU.

Siri ‘pemanas badan’ yang pertama ini berlangsung dengan jayanya di Concert Hall, Esplanade, Theatres on the Bay di Singapura. Malah tiket-tiket berharga 45 SGD, 65 SGD, 85 SGD, dan 105 SGD semuanya 'sold out' melangkaui jangkaan.

Klik gambar untuk size besar


Tepat jam 8 malam, suasana ruang konsert memecah kesunyian dengan jeritan para peminat apabila KRU melakukan ‘entrance’ dari arah belakang. Persembahan pembukaan mereka sememangnya cukup memukau dengan deretan lagu hit mereka, The Way We Jam, Awas dan Terhangat Di Pasaran.

Untuk makluman, siri konsert ulang tahun ke-25 KRU akan diteruskan di Malaysia dengan beberapa siri jelajah dan diakhiri dengan Konsert Utama KRU 25 yang dijadualkan berlangsung pada 19 Mei 2017.




Foto: KRU Music IG



         ________________________





No comments: