14 August 2016

ALONG CHAM ENGGAN KOMEN ISTERI DIDAKWA 'DITANGKAP KHALWAT'



Jika baru-baru ini kecoh isu mengenai rumah tangga Pelawak Along Cham berantakan dan sedang dalam proses penceraian, terkini kecoh pula mengenai isterinya yang didakwa ditangkap khalwat pada pukul 5 pagi semalam.

"Maaf, saya tidak mahu komen," hanya itu kata Along ketika dihubungi media.





Untuk info, Harian Metro melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri seorang pelakon dan pelawak ditangkap di rumah kekasihnya di Bukit Jalil awal pagi semalam.

Ketika tangkapan dilakukan, penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).



Ketika serbuan, penguatkuasa JAWI meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.

Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Harian Metro & Astro Gempak



         ________________________





No comments: