15 August 2016

22 GAMBAR - VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA, MAFARIKHA SELAMAT NIKAH



Pada 22 Julai lalu, naib juara program realiti, 'Vokal... Bukan Sekadar Rupa' tahun 2011, Mafarikha Md Akhir, 24, telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Muhamad Yusuf Osman.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan selepas Asar di kampung halaman sebelah ibu Mafarikha iaitu di Sri Iskandar, Perak. Keesokannya, pasangan itu diraikan dalam majlis resepsi.

Mafarikha turut berkongsi berita gembira itu di laman Instagram.





Mengikut apa yang dirancang, majlis sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Kajang, November depan.

Suami Mafarikha berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik di ibu kota. Mereka bercinta sejak tiga tahun lalu.

"Alhamdulillah kehidupan saya seperti pasangan berkahwin yang lain. Cuma dek kesibukan diri, kami belum sempat berbulan madu.



"Mungkin kami akan berbulan madu, tahun depan. Hasrat di hati macam nak ulang semula percutian ke Jepun, tahun lalu. Ketika itu, saya bercuti dengannya ditemani ibu dan sepupu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Mengenai kerjaya seninya, Mafarikha berkata, semuanya seperti biasa.

"Kerjaya seni saya macam itulah. Taklah terlalu hebat. Tapi saya bersyukur. Selepas bertudung pada akhir tahun lalu, Alhamdulillah, banyak jenama muslimah mengundang saya membuat persembahan nyanyian," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Mafarika turut memberitahu berat badannya yang pernah turun, kembali kepada sedia kala.

"Dahulu berat saya pernah mencecah 98 kilogram. Ketika menuntut di sebuah pusat pengajian di Cyberjaya, saya pernah nekad kuruskan badan.

"Ketika itu berat saya turun 30 kilogram. Saya memang akan berjoging dan ke gim selepas waktu kuliah. Selain itu, setahun juga saya tidak menjamah nasi.

"Tapi sekarang kerana tak tahan, saya makan nasi semula. Berat saya kembali naik seperti dulu," katanya yang gembira dengan kehidupannya sekarang.






GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar



































Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: