15 August 2016

KAMAL ADLI JAWAB ISU HUBUNGAN CINTA DENGAN EMMA MAEMBONG SUDAH BERAKHIR



Pergolakan hubungan cinta Kamal Adli dengan Emma Maembong telah diketahui ramai apabila masing-masing dilihat tidak lagi memuatnaik gambar bersama.

Namun disebalik keretakan hubungan itu timbul pula isu pihak ketiga yang dikaitkan dengan pelakon, Fathia Latiff tetapi beliau menafikannya dan menjelaskan hubungannya bersama Kamal hanyalah atas dasar profesional.

Dan baru-baru ini dikhabarkan sebuah laporan mendedahkan bahawa hubungan cinta Kamal dan Emma sudah lama berakhir. Malah laporan itu turut memberitau berita perpisahan tersebut disahkan oleh seorang rakan rapat aktres berkenaan.





Bagaimanapun, Kamal telah tampil menafikannya dengan meminta orang ramai untuk tidak terus menerima berita menerusi orang luar.

Kamal dalam masa yang sama turut berkongsi perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka berdua, dimana beliau memberitahu bahawa beliau telah bertemu dengan Emma sejurus pulang daripada penggambaran di Barcelona, Sepanyol beberapa hari lalu untuk memperbaiki hubungan mereka yang dikatakan hambar sejak beberapa minggu lalu.

"Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ianya belum keluar dari mulut kami berdua bermakna hubungan kami masih belum lagi berakhir.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami berdua sedang berusaha memperbaiki hubungan ini," katanya.

Dalam pada itu, Kamal berkata, dia sudah penat untuk melayan berita berkaitan hubungan cintanya itu.

"Saya sudah penat nak layan berita begini, biarlah orang mahu cakap apa tentang hubungan kami. Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul sudah putus saya akan beritahunya sendiri," jelasnya.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: