15 August 2016

GARA-GARA TERLEPAS PERKATAAN KASAR - NOURUL WAHAB DIAJAK LELAKI GILA SEKS KE HOTEL



Seorang pekerja restoran makanan segera telah mendedahkan maklumat peribadi Nourul Wahab, 38, kepada sebuah kumpulan lelaki gila seks, gara-gara penyanyi itu terlepas perkataan kasar ketika membuat pesanan.

Kata Nourul, tindakan pekerja tersebut mengakibatkan dia menerima gangguan daripada beberapa individu dengan tujuan tidak baik termasuk menerima pelbagai ugutan.

"Saya ada menghubungi sebuah restoran makakan segera untuk membuat pesanan, malangnya dia menjawap panggilan saya dengan nada yang tidak mesra dan secara tidak sengaja juga saya terkeluar satu perkataan yang agak kasar.





"Selapas itu kira-kira 30 minit telefon saya mula dihubungi oleh orang yang gila seks dan mengajak saya ke hotel. Malah mereka juga menerima maklumat saya seorang janda," jelas Nourul.

Bagaimanapun, Nourul berkata, pihak restoran makanan segera sudah menghubunginya selepas memuat naik status di laman sosial pada Jumaat lalu. Tambahnya, pihak restoran itu turut meminta maaf dan akan sedang menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan.

"Pihak restoran ada hubungi saya untuk minta maaf, saya juga mengaku bahawa keluar satu perkataan yang tidak sepatutnya sehingga mengakibatkan pekerja itu marah.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Tapi tidak sepatutnya dia menyebarkan nombor dan maklumat peribadi saya kepada pihak lain sehingga menimbulkan ancaman keselamatan," katanya.

Nourul memberitahu bahawa dia sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada malam Jumaat lalu dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

"Saya buat laporan polis demi keselamatan saya kerana ada yang hubungi saya ugut yang bukan-bukan. Sekarang sedang kumpul bukti dan ikut nasihat peguam saya.

"Jika dalam tempoh seminggu masih ada orang kacau saya tidak teragak-agak untuk bawa perkara ini ke mahkamah," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: mStar


         ________________________





No comments: