16 August 2016

DIARAH BAYAR NAFKAH RM4K SEBULAN - AWIE ANGGAP MENGARUT, ENGGAN BAYAR



Mengarut dan tak masuk akal!

Demikian kata vokalis kumpulan Wings, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, apabila beliau diarahkan oleh mahkamah Rendah Syariah semalam untuk membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan berkuat kuasa serta-merta kepada dua anaknya yang berada bawah penjagaan bekas isteri iaitu Rozana Misbun, 48.

Bagaimanapun penyanyi tersebut enggan membayar nafkah terhadap dua anaknya kerana menganggap jumlah yang diputuskan oleh mahkamah itu sebagai tidak munasabah kerana pihak mahkamah tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.





Jelas Awie, adalah tidak munasabah untuk dua anaknya yang masih kecil iaitu Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Putri Qaseh Antasha, 6, yang berada bawah penjagaan Rozana untuk melayakkan mereka mendapat wang sebanyak itu.

Awie berkata, mahkamah seharusnya memikirkan kesusahannya mencari nafkah dalam situasi kegawatan ekonomi ketika ini.

"Jumlah itu tak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tak fikir keseluruhan (pendapatan) saya. Kos RM4,000 tu kos karut," tegasnya Awie.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Umur baru 6 dan 8 tahun, berapa ringgit sangat dia nak pakai. Takkan sampai RM4,000?" soalnya lagi.

Seorang lagi anak hasil perkahwinan Awie dan Rozana ialah Putra Ahmad Merah, 9, yang kini tinggal bersama artis itu.

Jumlah bayaran yang diperintahkan adalah nafkah bulanan yang merangkumi perbelanjaan makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal sebanyak RM1,000.



Mahkamah turut memerintahkan agar Awie memasukkan wang berkenaan dalam akaun kanak-kanak tersebut yang di bawah penjagaan Rozana pada 5 hari bulan pada setiap bulan.

Bagi wang pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, tiada jumlah ditetapkan oleh mahkamah dan terpulang kepada Awie.

Dalam pada itu, Awie yang ditemani peguamnya Mohd Shafiq Norizan berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan berhubung keputusan mahakmah rendah syariah itu.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: