16 August 2016

REZA HASBI TIMANG 'BABY BOY'



"Alhamdulillah saya dah jadi ayah. Isteri selamat melahirkan bayi lelaki dan berat bayi 2.67 kilogram, sekitar jam 11.45 malam," demikian kata pelakon, Reza Hasbi yang menimang cahaya mata pertama pada 13 Ogos lalu.

Isterinya, Rosedarlila selamat melahirkan anak lelaki mereka secara normal di Hospital Pakar Shah Alam.





Semoga kehadiran cahaya mata pertama ini akan memurahkan lagi rezeki dan menambahkan sinar kebahagiaan dalam hidup Reza dan isteri.

Untuk rekod, Reza Hasbi atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Hasbullah selamat menjadi suami kepada Rosedarlila dengan sekali lafaz pada pertengahan Mac tahun lalu. Dalam majlis akad nikah tersebut, Reza telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1500 berserta duit hantaran RM10 ribu.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________




Sumber: Media Hiburan


         ________________________





No comments: