16 August 2016

SAYA PIKAT ADIRA DENGAN 'POKET KOSONG' - DATUK RED



Berharap agar masyarakat luar tidak mengecam kedua-dua isterinya atas kontroversi yang berbangkit sebelum ini, Datuk Seri Adnan Abu mendedahkan bahawa dirinya itu tidak menggunakan wang ringgit untuk memikat Siti Adira Suhaimi sebagai isteri kedua. Sebaliknya, beliau lebih terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh isterinya itu membuatkan beliau jatuh hati.

Katanya, sama ada Adira mahu pun Datin Norshafila Hassim merupakan isteri yang baik dan sangat memahami.

"Ketika pertama kali mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa sebelum kami berkahwin.





"Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong ringgit. Apa yang penting isteri-isteri saya sangat memahami. Itu sudah cukup melegakan.

"Sebab itu saya tidak kisah pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini faham," ujar Datuk Red dipetik sebagai berkata.

"Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang. Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Selain itu, Dato Red akui bahawa berita kehamilan Adira yang kini sudah memasuki 10 minggu merupakan detik yang terindah buat dirinya untuk melupakan semua kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. Malah isteri pertamanya, Datin Norshafila Hassim memberikan nasihat kepada Adira untuk menjaga kandungan beliau dan tidak terlalu stress.

"Saya belajar untuk jaga hati sendiri kini sebab akhirnya saya faham orang lain tidak akan peduli perasaan kita. "Bukan kata saya kecewa, tetapi lebih kepada mendahului pendapat diri," katanya.

Terdahulu, Adira disahkan hamil selepas Dato Red sendiri berkongsi berita itu di laman Instagram selepas membuat pemeriksaan. Bercakap mengenai jantina bayi pula, Dato Red mengimpikan seorang cahaya mata lelaki dan selepas lama merancang kini beliau sedang memikirkan untuk membawa Adira berbulan madu di bumi Eropah jika diizinkan oleNya.


Sumber: MMO


         ________________________





No comments: