14 August 2016

ANAK & SUAMI BAKAL KONGSI TARIKH LAHIR - ADIRA ALAMI ALAHAN TERUK



"Saya susut tiga kilogram daripada 43 menjadi 40 kilogram dalam masa seminggu hamil. Mana tidaknya, setiap kali makan saya akan muntah semula," kongsi Adira yang kini sudah memasuki fasa sepuluh minggu hamil.

Mengakui mengidam banyak perkara sejak berbadan dua, Adira juga gemar menikmati kari mamak ketika hamil, selain suka melihat orang yang mempunyai darah campuran dan juga melihat pelakon Hindustan menari.

"Selama ini saya tak suka kari tetapi sejak mengandung saya hantu kari. Setiap hari mesti rasa nak makan kari. Kalau tak dapat makan, lalu kedai mamak pun saya dah okey.





"Selain itu, sejak mengandung saya suka tengok muka orang yang mempunyai darah campuran dan juga melihat pelakon Hindustan menari," katanya sambil ketawa.

Tambah Adira tanpa berselindung, dia juga kurang gemar bau suaminya dan berasakan ia kemungkinan daripada pembawaan budak.

Apa yang menarik, anaknya itu juga dijangka dilahirkan sama tarikh dengan kelahiran suaminya iaitu 22 Mac.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Pada masa sama, Adira tidak kisah jantina bayi yang bakal dilahirkan asalkan ia dalam keadaan baik dan cukup sifat.

"Doktor cakap kemungkinan anak saya akan lahir pada 22 Mac. Kebetulan pula sama tarikh dengan hari lahir bapa dia. Kalau tidak sama mungkin hampir pada tarikh tersebut," katanya.

Sementara kata Adira, dia enggan ambil peduli dengan apa yang terjadi dan juga perkara-perkara yang mungkin terjadi di kemudian hari, baginya, apa yang lebih utama ketika ini dia mahu kehidupannya bergerak dengan cinta si anak yang berada dalam rahimnya.



Malah, penyanyi berasal dari Ranau, Sabah itu juga tiada masalah jika suaminya ingin berkahwin tiga seperti yang pernah dinyatakan Adnan sebelum ini.

"Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil," tuturnya penuh erti.

Kontroversi yang terjadi membuka mata Adira untuk menyerahkan sepenuh perhatian terhadap diri dan juga anak yang bakal dilahirkannya itu.

"Lagi elok saya jaga diri sendiri daripada memikirkan orang akan menjaga kita dan memberi sepenuh perhatian kepada kita.

"Perempuan zaman sekarang kena ada perancangan masa depan. Kena ada simpanan sendiri kalau-kalau terjadinya sesuatu di kemudian hari. Kita tidak boleh mengharapkan orang walaupun dengan suami sendiri. Kita juga kena bekerja sendiri. Orang lain mungkin tak ikhlas menjaga kita seperti mana diri kita sendiri," jelasnya yang mengaku akan terus menyanyi biarpun sudah mempunyai anak.

Menolak perasaan sebegitu timbul selepas kontroversi melanda, Adira menyifatkan jika tidak berlaku situasi macam itu pun sebagai perempuan kita kena ada kerja dan simpanan sendiri.

Pada masa sama, Adira juga lega kerana Adnan tidak pernah melarangnya untuk terus aktif selepas mendapat anak kelak.

Biarpun melalui fasa hamil yang teruk dan muntah setiap kali menjamah makanan, Adira cukup senang melalui detik bergelar ibu awal tahun depan.


Sumber: Kosmo



         ________________________





No comments: