13 August 2016

SAHARA YAACOB (TINA TURNER MALAYSIA), AKHIRNYA DAPAT FLAT PPR



Satu ketika dahulu dia pernah digelar sebagai Tina Turner Malaysia. Namun hidupnya tidak seindah artis lain apabila dia mendakwa dilupai dan terabai sekian lama tanpa rumah untuk berlindung.

Sahara yang popular pada era 1990-an, ditemui tinggal menumpang di rumah kakaknya dalam keadaan miskin.

"Saya fikir akan terus tinggal di bilik setor rumah arwah kakak saya," ujar Sahara dipetik sebagai berkata.





Terkini, Sahara akhirnya menarik nafas lega apabila berpeluang berpindah ke sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) berhampiran Sungai Besi, Kuala Lumpur. Rumah PPR tersebut ditawarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas membaca kisahnya melalui media.

"Buat masa ini, perkara yang paling penting ialah untuk membina hidup baru. Saya tidak kisah tidur di atas lantai kerana saya terbiasa dengan kehidupan yang sukar," kata Sahara merujuk kepada unit flatnya yang masih belum berperabot.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu dan menyokong saya," tambahnya.


Sumber: FMT



         ________________________





No comments: