13 August 2016

KERETA VELLFIRE - PENGASAS AURAWHITE TERIMA NASIB SAMA SEPERTI CHE TA



Kereta pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sehingga kini masih belum ditemui sejak ia hilang dicuri oleh dua suspek di kediamannya sebuah kondominium di Subang Jaya, 9 Ogos lalu. Terkini pengasas AuraWhite, Furyna Azmer juga mengalami nasib sama petang semalam apabila keretanya jenis Toyota Vellfire berwarna putih itu hilang dicuri.

Furyna menerusi laman sosial Facebook dan Intagramnya, telah meminta jasa baik orang ramai membantu mencari keretanya bernombor plat SS 234 itu dengan cara memviralkan beberapa keping foto kenderaan miliknya itu.





Menerusi entri yang dimuatnaik pengasas produk kecantikan tersebut, dia menyedari kehilangan keretanya itu kawasan pejabatnya yang terletak di Taman Mahkota Cheras, kira-kira jam 7.21 malam.

Terdahulu, Che Ta kerugian RM300,000 selepas keretanya dilarikan dari tempat letak kereta di kediamannya.

Sementara itu, pengikut di kedua-dua laman sosial Furyna menyatakan kebimbangan mereka kerana kedua-dua kes (Che Ta dan Furyna) kecurian melibatkan kereta jenis Vellfire berlaku dalam minggu yang sama.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Astro Gempak


         ________________________





No comments: