26 August 2016

BERGELAR BAPA - SHUKRI YAHAYA RASA GEMBIRA & GEMENTAR



Bergelar bapa buat pertama kali kelmarin, pelakon Shukri Yahaya mengakui gembira, tetapi pada masa sama sebak dan gementar menantikan kelahiran anak perempuannya itu.

Shukri berkata, isterinya Tya Adnan dimasukkan ke bilik bersalin jam enam pagi dan dia sendiri turut berada di samping isterinya sepanjang tempoh itu.

Berada di sisi isterinya sepanjang proses bersalin, Shukri dapat melihat betapa besar pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat buat suaminya.





"Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat lihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita melahirkan anak.

"Tentunya gembira dan pada masa sama gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Pada hari kelahiran itu merupakan detik bermakna buat Shukri dan isterinya Tya Adnan kerana telah menimang cahaya mata mereka yang pertama.



Isterinya itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.13 kilogram tepat jam 12.22 tengah hari di sebuah pusat perubatan di Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Shukri yang belum merancang untuk mengadakan majlis akikah memberitahu bahawa beliau akan memberi nama selepas genap seminggu anak sulungnya itu dilahirkan.

Walaupun keletihan kerana tidak cukup tidur sejak beberapa hari ini, Shukri tetap gembira kerana dia kini melangkah ke satu lagi fasa dalam hidupnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Walaupun penat, semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran ini. Saya bersyukur segalanya berjalan lancar. Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya lagi, isterinya itu akan menjalani tempoh berpantang secara tradisional selama 44 hari.

"Dalam tempoh itu, dia akan dijaga ibu saya di kediaman kami di Kajang," katanya yang akan bercuti selama 10 hari bagi menguruskan isteri dan anaknya.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 No­vember tahun lalu.


SumberHarian Metro


         ________________________





No comments: