26 August 2016

"BELUM TEMUI PENGGANTI" - EIZLAN YUSOF



"Saya berkawan dengan ramai wanita, namun belum jumpa yang istimewa," kata pelakon Datuk Eizlan Yusof, 45, yang memaklumkan bahawa beliau masih belum menemui pengganti setelah berpisah lebih setahun dengan bekas isteri, Vie Santie Harun.

Kata Eizlan, bukan bermaksud hatinya sudah tertutup, tetapi jadual kerja seharian yang padat menyebabkan beliau tiada masa mencari kekasih.

"Pada masa sama, saya juga sibuk dengan urusan kerja dan pengajian doktor falsafah di Universiti Utara Malaysia," jelasnya.





Pada masa sama, Eizlan berkata yang beliau langsung tidak berasa sunyi kerana mempunyai tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3, untuk sentiasa menghiburkan hatinya.

Menurut Eizlan, sekiranya tidak berkesempatan, beliau akan berhubung dengan anak-anak menerusi aplikasi WhatsApp.

"Pada masa lapang, saya menghabiskan masa bersama anak. Oleh kerana kerap berjumpa dengan anak, mereka tidak berasa kehilangan saya dan menganggap saya bekerja di luar.



"Setiap kali anak tiada di sisi, video mereka menjadi pengubat rindu sebelum tidur," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya lagi, beliau bersyukur tiada masalah berkaitan hak penjagaan anak dengan bekas isteri.

"Saya boleh jumpa anak pada bila-bila masa dan sentiasa mencari peluang untuk bersama mereka. Alhamdulillah, bekas isteri tidak pernah halang," katanya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________



Sumber: Harian Metro


         ________________________





No comments: