27 August 2016

NAMA 'AISY MATEEN' - YANA SAMSUDIN & SUAMI FIKIR 3 MINGGU



Semua mengetahui bahawa Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari telah menamakan putera sulung mereka yang lahir pada 21 Julai lalu dengan nama Aisy Mateen.

Menurut Fadzil, selepas tiga minggu anak mereka dilahirkan, dia dan isterinya sepakat untuk menamakannya dengan nama Aisy Mateen yang membawa maksud 'kehidupan atau kemewahan yang teguh'.





"Ketika saya dan isteri mencari nama untuk Aisy Mateen, kami seboleh-bolehnya mahu ia membawa maksud yang baik-baik dan sedap didengar.

"Selain itu, kami juga ingin nama yang dipilih betul-betul sesuai dengan dia kerana menurut kata orang tua-tua, nak bagi nama pada anak kena teliti, jangan main 'bubuh' asal sedap bunyi saja.

"Saya juga ada merujuk dengan teman yang bekerja di JAKIM dan seorang lagi sahabat yang belajar di Mekah tentang nama yang kami pilih untuk anak kami.



"Alhamdulillah maknanya 'tidak lari' seperti yang kami rujuk di dalam buku dan mereka turut memberitahu 'Mateen' berasal dari 99 nama Allah," jelasnya.

Ditanya mengenai kehidupannya sebagai bapa, kata Fadzil, sejak bergelar bapa dia semakin matang dan merasakan tanggungjawab terhadap rumah tangga semakin menebal.

"Fasa kehidupan terus berubah, dari bujang, hidup berdua dan seterusnya memiliki anak. Kalau dulu (masa bujang) orang kejut suruh bangun tidur pun saya buat tak reti.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Tetapi bila ada anak letih macam mana pun, saya tetap akan bangun. Entah dari mana kekuatan tu datang, saya pun tak tahu," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Fadzil tidak menolak sekiranya ada tawaran daripada mana-mana produk kepada anaknya itu.

"Saya tidak ada masalah sekiranya ada tawaran untuk Aisy Mateen berlakon iklan dan sebagainya. Kerana bagi saya, itu adalah rezeki untuk Aisy Mateen untuk masa depan dia," katanya.



Mengulas mengenai aktiviti seni isterinya, Fadzil berkata Yana akan kembali bekerja pada September ini.

"Tinggal beberapa minggu lagi tempoh berpantang Yana tamat dan akan kembali bekerja dua minggu lagi.

"Yana perlu selesaikan komitmennya dengan CIMB Bank dan Super Coffee memandangkan dia merupakn jurucakap kepada kedua-dua produk tersebut," tuturnya.






Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: