13 August 2016

BERIMEJ BARU - RAJA EMA SELESA DENGAN STATUS BERTUDUNG, BUKAN BERHIJAB



Alhamdulillah... Seorang lagi selebriti wanita Malaysia kini telah pun mengambil keputusan untuk bertudung. Pelakon dan penyanyi, Raja Ema, 47, telah tampil dengan imej baharu iaitu mengenakan tudung ketika hadir menjayakan Majlis Kemuncak Lawak Vaganza (Hot FM) dan Super Karoks (Kool FM).

Bagaimanapun kata Ema, dia yang tampil dengan imej menutup aurat tidak selesa dikatakan telah berhijab, sebaliknya lebih senang dengan status bertudung.

Dalam masa sama, Ema berkata yang beliau kini dalam proses membiasakan diri dengan penampilan baharu berkenaan.





"Saya bukan berhijab, tetapi lebih selesa dianggap sebagai bertudung. Saya tidak mempunyai apa-apa perancangan tertentu untuk mengubah imej, cuma sejak beberapa hari lalu saya tiba-tiba mahu mengenakan tudung. Mungkin sudah sampai masanya saya berubah, malah saya sendiri rasa selesa dengan bertudung.

"Saya begitupun kurang selesa apabila orang mengatakan saya berhijab. Bagi saya, hijab itu besar maknanya bagi seorang muslimah. Hijab pada pandangan saya bukan semata-mata menutup aurat, tetapi perlu menutup segala kecantikan kita, dalam dan luaran, daripada tatapan umum.

"Namun sebagai orang baharu, saya mahu membiasakan diri dengan bertudung terlebih dulu. Malah, saya sendiri tidak pandai mengikat tudung mengikut gaya hari ini. Apa yang saya pakai sekarang adalah berdasarkan keselesaan sendiri, tanpa ada sesiapa yang memberikan tunjuk ajar pun," jelasnya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Kata wanita yang pernah popular dengan lagu Jejaka Idaman (1985) itu, beliau juga tidak bimbang andainya rezeki dalam dunia seni kian berkurangan disebabkan imej baharu itu.

"Bagi saya, rezeki itu milik Allah dan saya sendiri turut melakukan persediaan lain. Sekarang ini pun alhamdulillah saya mempunyai punca pendapatan lain, iaitu perniagaan pakaian tidur.

"Begitupun menjadi harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya," katanya yang baharu selesa menjalani penggambaran drama 26 episod berjudul Meh Sandar Pada Aku untuk TV3.

Apa pun tahniah diucapkan kepada Ema atas penghijrahan ini. Semoga segalanya akan lebih dipermudahkan. Semoga rezeki juga semakin murah. Teruskan istiqamah. Sama-samalah kita doakan.




Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: