13 August 2016

KENA TETAK: BAPA EMMA MAEMBONG STABIL, DIBENAR PULANG



Pada Khamis lalu, bapa pelakon Emma Maembong, Ismail Embong, 68, menjadi mangsa samun hingga mengalami kecederaan serius di kepala, jari dan siku akibat ditetak oleh penyamun dalam kejadian tidak disangka di rumahnya di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Ismail ketika itu berseorangan di rumahnya dan didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang yang terus menetaknya. Meskipun kehilangan komputer riba, dompet dan telefon bimbit... namun syukur nyawanya selamat walaupun telah ditetak berkali-kali.

"Keadaan bapa saya berada dalam keadaan stabil dan beransur baik," ujar Kakak Emma, Shikin Maembong ketika dihubungi media.





Tambah Shikin, bapanya telah dibenarkan pulang ke rumah kira-kira pukul 12 malam Khamis selepas mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Alhamdulillah, selepas mendapat rawatan dan berehat keadaan ayah semakin baik dari kecederaan yang dialaminya dalam kejadian samun itu.

"Semalam selepas selesai dirawat di unit kecemasan HKL, ayah dibenarkan pulang ke rumah kira-kira pukul 12 malam.

"Buat masa ini tidak tahu nak cakap keadaan dia (ayah) trauma atau tidak sebab dia masih lagi berehat. Pihak polis pula belum ada bagi apa-apa perkembangan tentang penyamun itu," katanya lagi.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: