01 August 2016

IMPI ANAK LELAKI - DATO RED RANCANG BAWA ADIRA KE EROPAH



Bakal menimang cahaya mata, Dato Seri Adnan Abu atau lebih dikenali Dato Red, 38, ini merancang untuk membawa isteri keduanya, Adira Suhaimi yang kini sedang hamil tujuh minggu bercuti ke Eropah dalam masa terdekat.

"Saya memang sudah lama merancang untuk bawa dia bercuti tapi masih cari masa yang sesuai lagi. Adira suka pantai dan laut dan saya pula tidak suka.

"Insya-Allah, kalau dimurahkan rezeki saya ingin bawa dia bercuti ke Eropah," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Selain itu, tambah Dato Red, dia juga meminta isteri keduanya itu untuk memperlahankan kerjaya seni sepanjang tempoh hamil.

"Saya suruh dia kurangkan kerja seninya, kesian dia bergerak sendiri kerana saya sekarang sedang sibuk tidak sempat untuk teman dia kerja," tuturnya.

Dalam masa sama, Dato Red mengimpikan dikurniakan cahaya mata lelaki setelah Adira disahkan hamil tujuh minggu selepas membuat pemeriksaan doktor pada minggu lalu.



Ditanya mengenai alahan, kata Dato Red, Adira setakat ini tidak mengalami alahan yang teruk seperti kebiasaan wanita hamil.

"Alhamdulillah, doktor sudah sahkan dia hamil tujuh minggu selepas kami buat pemeriksaan di klinik minggu lepas.

"Dia tidak mengalami sebarang alahan yang teruk cuma peliknya setiap hari dia mahu makan kari mamak, walhal sebelum ini dia tidak suka," jelasnya

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand yang berlangsung pada 3 Disember 2015.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)






Sumber: mStar



         ________________________





No comments: