01 August 2016

"SAYA TAK HALANG DIA JUMPA ANAK" - ALONG CHAM DAKWA ISTERI SELALU MINTA CERAI



Tidak mahu dirinya terus dipersalahkan, Along Cham telah tampil memberikan penjelasan mengenai rumah tangganya yang mendapat tumpuan ramai apabila Zila Saeron, 28, mendedahkan Along telah mengusir beliau keluar rumah dan tidak membenarkan Zila berjumpa dengan anak mereka, Ahmad Danial, 5.

Akui Along, selagi boleh, dia mahu menutup aib dan mempertahankan rumah tangga atas dasar cinta sejak enam tahun lalu. Namun, demi mempertahankan maruah diri dan keluarga, lebih-lebih lagi ibu bapa yang menggalas tanggungjawab membantunya menjaga Danial di Johor Bahru, Along berkata yang beliau terpaksa bersuara.





Dalam masa sama, Along berkata yang dia tidak pernah melarang Zila berjumpa dengan anak lelaki mereka. Ini kerana sepanjang bulan Syawal beliau menanti kedatangan Zila dengan tangan terbuka tetapi sehingga kini Zila tidak pernah datang melihat anaknya.

"Malu keluarga saya apabila dia mendakwa kami tidak mengizinkannya menjenguk anak. Dia kena fikir ibu bapa saya menjaga anak yang dikandung dan dilahirkan. Sepatutnya dia berterima kasih pada keluarga saya.

"Apabila mendakwa kami tidak membenarkan dia menjenguk anak, seolah-olah ibu bapa saya kejam dan cuba memisahkan ibu dan anak. Saya tidak kisah jika dia memburukkan saya, tetapi tolonglah jaga hati keluarga saya



"Saya fikir tiada istilah melarang berjumpa anak kerana dia tahu di mana anak kami berada. Bukan dia tidak tahu jalan ke rumah keluarga mentuanya?

"Lagi satu, tidak logik keluarga saya akan menghalaunya jika dia sudah berada di depan pintu rumah. Keluarga saya tidak pernah campur tangan dalam masalah rumah tangga kami. Mungkin jika dia datang dan menundukkan keegoannya, rumah tangga kami masih dapat diselamatkan," tegasnya.

Menurut Along, Zila sebelum ini pernah beberapa kali meminta cerai ketika berbicara dengannya di telefon.

"Hairannya, kenapa selepas berbulan-bulan baru ada perasaan rindu yang teramat sangat pada anak? Mana perginya naluri seorang ibu ketika rancak mencetuskan perbalahan dan minta saya menceraikannya setiap hari dalam perbualan telefon?

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Bagi saya, mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Sepanjang Syawal hingga hari ini, kami menantikan kedatangannya dengan keluarga tetapi batang hidung pun tidak nampak menjenguk anak kami," jelasnya.

Sementara itu, Along berkata, dia menfailkan saman nusyuz terhadap Zila baru-baru ini disebabkan tindakannya keluar tanpa meminta izin suami.

"Bagaimanapun, hanya ini yang boleh saya ceritakan kerana kes perceraian kami masih dalam perbicaraan," katanya yang berusaha menyelamatkan mahligai dibinanya itu.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: