25 August 2016

KAKAK NEELOFA - SHARNAAZ AHMAD RANCANG KAHWINI TAHUN DEPAN



"Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan," kata pelakon dan pengarah, Sharnaaz Ahmad, 31, yang sedia bergelar suami ahli perniagaan, yang juga kakak Neelofa, Noor Nabila, selewat-lewatnya tahun depan.

Menurut Sharnaaz, mereka sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga, namun menyerahkan urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.

"Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.





"Namun, kalau boleh saya enggan 'mengikat' bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Ditanya keistimewaan gadis yang menawan hatinya itu, Sharnaaz berkata, mereka saling melengkapi, malah kebijaksanaan serta kesederhanaan wanita itu membuatkannya cukup istimewa.

"Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi. Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor.

"Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri. Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta. Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga emberi restu," Jelas Sharnaaz.

Bermula sebagai rakan, hubungan pasangan itu kini sudah genap memasuki tahun pertama.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________







Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: