25 August 2016

KONSERT RTM - MESKIPUN BERTUDUNG, ELLA TETAP HEBAT



Tudung bukan penghalang untuk terus rock!

Itulah kesimpulan yang dapat dikatakan mengenai Konsert Lentera Muzika Ella 19872016 yang disiarkan secara langsung menerusi RTM Ahad lalu.





Meskipun bertudung, Ella, 50, membuktikan usia bukan penghalang untuk terus hebat di pentas sebagaimana zaman remajanya.

Malah kelincahannya di Auditorium Perdana, Angkasapuri membuat penonton kagum hingga ada yang menjerit memberi sokongan padu.

Klik gambar untuk size besar


"Siapa kata bertudung tak boleh rock. Saya cuba memberikan persembahan terbaik dan biarlah peminat yang memberi komen mengenai persembahan saya. Paling penting, saya kekal dengan gaya tersendiri.

"Tak dinafikan saya amat terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan. Saya sendiri tak jangka sambutan yang diterima begini hebat," ujarnya dipetik sebagai berkata.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________







Sumber: HM



         ________________________





No comments: