17 August 2016

"KAMI MASIH BAHAGIA" - DATO SERI VIDA NAFI RUMAHTANGGA BERGOLAK



Dakwaan orang ramai mengenai status perkahwinannya yang dikatakan sedang bergolak itu adalah tidak benar kata Pengasas Produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Dato Seri Vida.

Ini kerana katanya, perkara itu mungkin berbangkit berikutan kerjaya suaminya, Fairuz Ahmad yang sibuk sebagai ejen insurans menyebabkan beliau jarang berada dengannya.

"Kami masih suami isteri dan bahagia seperti dulu. Orang kata suami saya tidak perlu bekerja selepas berkahwin dengan saya tetapi dia bukan jenis lelaki yang suka menumpang kesenangan hasil perkahwinan kami.





"Walaupun kami sudah berkahwin, dia masih setia dengan kerjaya yang diceburinya sejak 10 tahun lalu. Saya pun tidak halang dia. Kadang kala dia akan jumpa klien kalau saya ada program di Kuala Lumpur," jelasnya.

Dato Seri Vida yang juga aktif berkongsi rutin harian dengan pengikutnya di laman media sosial, Instagram (IG) menegaskan suaminya itu tidak suka 'interframe' dalam video atau gambar yang dimuatnaik.

"Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti bersama rakan-rakan di Royal Belum Resort, suami saya ada sekali. Kami ada bergambar bersama cuma dia tak selalu ada dalam video yang saya rakam untuk dikongsi bersama peminat.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

"Kalau saya ajak bergambar, dia amat sporting tapi dia tak adalah nak sentiasa ada dalam gambar atau video yang saya ambil. Jika kebetulan saya rakam video suami ada pada waktu itu, dia pun akan beri kerjasama. Suami saya memang tahu saya suka selfie dan rakam video untuk tatapan peminat," katanya.

Sehingga hari ini, dato Seri Vida yang sering berkongsi rutin hariannya dengan peminat di laman sosial media itu mempunyai seramai 885,000 pengikut di IG.

Ditanya mengenai zuriat hasil perkahwinannya dengan Fairuz, Dato Seri Vida berkata beliau sering berdoa kepada Allah agar diberi kesempatan untuk merasai semula nikmat melahirkan anak.

"Sebagai pasangan suami isteri sudah tentu kami mahukan anak menerusi perkahwinan ini. Namun rezeki masih belum ada lagi. Dengan adanya zuriat saya percaya ia mampu menguatkan lagi hubungan kami sebagai suami isteri," ujarnya dipetik sebagai berkata.




















Sumber: mStar
Foto: Dato Seri Vida IG

         ________________________





No comments: