Kini giliran penyanyi Adira Suhaimi, 25, pula menerima nasib serupa seperti pelakon Izreen Azminda iaitu akaun Instagram digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada tengah malam kelmarin.
Menurut Adira, beliau bertambah kecewa apabila ini bukanlah kali pertama akaun Instagramnya digodam dan setelah mencipta akaun baru, beliau sekali lagi digodam dan telah kehilangan ribuan pengikutnya di Instagram.
Akui Adira lagi, beliau berasa terkilan apabila medium media sosial yang menjadi penghubung antaranya dengan peminat turut menjadi mangsa seperti beberapa selebriti tempatan lain.
Lebih membuatkannya kesal dan terkilan kerana akaun berkenaan juga digunakan untuk tujuan perniagaan sekali gus memberi tamparan besar terhadap promosi produk keluarannya
"Kelab peminat yang memaklumkan perkara ini sebaik akaun berkenaan digodam. Saya kesal dan terkilan kerana tidak mudah untuk mengumpul pengikut apatah lagi kejadian ini sudah berulang buat kali kedua.
"Saya difahamkan beberapa rakan dalam industri hiburan juga berdepan nasib yang sama apabila digodam baru-baru ini malah ada dikalangan mereka mempunyai jumlah pengikut lebih ramai.
___________________________________________________
--- IKLAN ---
BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS? KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________
"Bagi saya akaun itu penting kerana ia membolehkan saya mendekati peminat dan begitu juga sebaliknya. Instagram ini turut berperanan membantu mempromosikan produk kecantikan milik saya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Pelantun lagu 'Cinta Teragung' itu menjelaskan, buat masa ini beliau belum merancang membuka sebarang akaun baharu memandangkan dirinya enggan membebankan fikiran selain mahu menumpukan perhatian terhadap kesihatan diri yang kini hamil anak pertama.
Terdahulu, akaun Instagram milik Emma Maembong, Jihan Muse, Izreen Azminda dan beberapa selebriti popular tempatan turut menerima nasib serupa.
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment