08 August 2016

RANCANG TAHUN DEPAN - HAFIZ HAMIDUN TAK KISAH KAHWINI WANITA BERUSIA, JANDA



Penyanyi lagu 'Jodoh Berdua', Hafiz Hamidun memberitahu bahawa beliau tidak mahu berlenggah untuk mendirikan rumah tangga dan membayangkan dirinya akan menamatkan zaman bujang pada tahun depan.

Hafiz yang pernah kecewa beberapa kali sebelum ini dalam percintaan, berkata yang beliau enggan terlalu bersikap memilih lagi dan tidak kisah jika dirinya dijodohkan dengan wanita yang lebih berusia ataupun janda.





"Saya mensasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, cuma dengan siapa belum tahu. Saya juga tiada masalah dengan wanita berusia mahupun janda jika merekalah jodoh saya kerana pemikiran wanita sebegini lebih matang. Faktor itu sangat penting memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier seni dan perniagaan dan mereka lebih berdikari.

"Saya seorang yang cepat teruja apabila berkongsi kisah peribadi walaupun menyedari perhubungan terjalin masih terlalu baru. Bagaimanapun apabila sering kali putus dalam percintaan saya kena lebih berjaga-jaga. Saya bukanlah lantang bercerita, cuma sekadar berkongsi apabila ditanya soal cinta," ujarnya dipetik sebagai berkata.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Sementara itu, Hafiz turut menegaskan bahawa beliau tidak mahu lagi tunggu terlalu lama apabila terjebak di dalam sesuatu hubungan kerana baginya apabila menunggu, pasti ada sahaja pihak yang menganggu. Sebelum ini beliau pernah menyatakan hasratnya yang merancang untuk bernikah pada tahun ini dengan seorang gadis pilihannya yang berusia 25 tahun.

Terdahulu kenyataan Hafiz mendedahkan kisah percintaan beliau kepada umum mendapat kritikan serta pandangan negatif apabila beliau dikatakan seolah cuba mencari perhatian. Namun beliau tampil menafikan tuduhan itu dan seterusnya menolak dakwaan cuba mencari publisiti apabila beliau sering bercerita kisah percintaan kepada orang ramai.




Sumber: BH Plus



         ________________________





No comments: