30 August 2016

"MANA ADA SAYA CERAIKAN ADIRA" - DATUK RED



Ada satu dakwaan hangat diperkatakan di 'Laman Sembang Gosip CARI' yang mempersoalkan hubungan Adira Suhaimi dengan suaminya ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 38, berakhir.

Datuk Red didakwa sudah menceraikan isteri keduanya itu dan merancang untuk berkahwin dengan pelakon baharu Ruhainies.

Datuk Red bagaimanapun menerusi kenyataan di mStar berkata, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya semata-mata untuk berkahwin lain.





"Lawak betul, saya sayangkan Adira dan dia pun sedang mengandungkan anak saya, macam mana gosip keluar kami bercerai pula, sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan buang isteri-isteri saya, tapi kalau tambah saya mahulah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Datuk Red turut mempunyai seorang isteri yang dikenali sebagai Sharifah atau Datin Red.

Sementara itu, ditanya tentang Ruhainies ke kedai barangan kemas, dia enggan mengulas dan meminta bertanya kepada pelakon itu sendiri.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Dalam pada itu, mengulas tentang keadaan Adira yang kini sudah memasuki kehamilan dua bulan, kata Datuk Red, penyanyi lagu 'Ombak Rindu' itu masih mengalami alahan dan muntah-muntah.

"Dia sihat dan sekarang masih muntah-muntah. Saya suruh dia berehat tapi dia degil, sekarang sibuk dengan persiapan untuk persembahan di Festival Filem Malaysia 28 tidak lama lagi," katanya.

Datuk Red berkata, dia kini sedang mencari nama yang sesuai untuk bayi tersebut biarpun masih belum mengetahui jantinanya.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: