Laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mendakwa perkahwinan Nabila Huda, 32, dengan suaminya, Mohd Izwan Johar, 32, dilanda badai disifatkan sebagai mengarut dan tidak masuk akal oleh pelakon itu. Nabila bagaimanapun berkata, dia dan suaminya tidak ambil pusing dengan laporan berkenaan.
"Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? "Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan," katanya ringkas ketika dihubungi media.
Kelmarin, sebuah akhbar mingguan tempatan menerusi ruangan pojoknya melaporkan rumah tangga aktres itu dikatakan sedang berantakan.
Sementara itu, berdasarkan laman sosial milik bintang Munafik berkenaan, foto mahupun kapsyen dimuat naik langsung tidak menunjukkan tanda-tanda perkahwinannya dilanda masalah.
Untuk rekod, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 25 Disember tahun lalu. Sebelum Izwan, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zailani atau lebih dikenali sebagai Eddie pada 6 Disember 2008 dan bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan tersebut, Nabila mempunyai seorang anak perempuan, Keisha Laila, 6.
___________________________________________________
--- IKLAN ---
BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS? KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment