03 August 2016

NIKAH SEPTEMBER DEPAN - INIKAH WAJAH BAKAL SUAMI FARA FAUZANA?



Bila ditanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya itu, Fara Fauzana, 36, yang bakal menamatkan zaman bujangnya pada 17 September depan, bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lebih lanjut dan memilih untuk merahsiakan identiti bakal suaminya itu. Fara berkata yang beliau hanya akan memperkenalkannya di majlis perkahwinan mereka.

Namun begitu, tanda tanya siapakah bakal suami Fara bagaikan terjawab apabila ada pihak tampil memberi maklumat dan gambar lelaki pilihan personaliti popular berkenaan.





Menurut sumber pada Berita Harian, lelaki yang hanya dikenali dengan nama Muhammad Hafiz itu menepati ciri dan bayangan yang diberikan Fara ketika sidang media pengumuman perkahwinannya, kelmarin.

"Orangnya memang menepati cita rasa Fara, bertubuh sasa dan wajahnya sedap mata memandang. Berkulit lelaki Melayu dan kini menetap di Kuala Lumpur," kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, BH turut menerima kiriman gambar lelaki yang didakwa 'buah hati' kepada bekas pengacara rancangan Nona dan Melodi itu.


Inikah wajah bakal suami Fara Fauzana?


Fara ketika dihubungi media enggan mengesah atau menafikan lelaki yang dimaksudkan adalah bakal suaminya. Selebriti terkenal itu dengan nada ceria hanya ketawa sambil menjemput wartawan BH menghadiri majlis pernikahan yang akan diadakan nanti.

Menurut sumber lain pula kepada BH, Fara sendiri pernah beberapa kali ditemui bersama pemuda yang dikatakan menjalankan perniagaan dalam bidang perhotelan milik keluarganya di London.

Selain bergelar ahli perniagaan, lelaki berusia awal 30-an itu juga dikatakan mula berjinak-jinak dalam arena politik tanah air.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________

Isnin lalu, bekas penyampai radio Hot FM itu mengumumkan berita gembira bakal mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan. Dalam sidang media itu, Fara lebih selesa memperkenalkan lelaki berkenaan sebagai Hafiz sahaja dan berusia dalam lingkungan usia 30-an.

Mengenai perkenalan bersama bakal suami, Fara berkata, mereka mula berkawan sejak lebih dua tahun lalu dan hanya rapat sejak kebelakangan ini.

Pemenang beberapa trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu berkata, beliau mempunyai lebih banyak waktu untuk memikirkan soal berumah tangga selepas mengundurkan diri daripada radio milik Media Prima Berhad itu, lima bulan lalu.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: